Friday, 22 April 2016

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki..

Dahsyat sungguh pompuan ni...banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.  

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. 

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf. 

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan). 

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain. 

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! 

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian. 

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan. 

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka. 

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna. 

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. 

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akanmenjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. 

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan. 

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam. 

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. 

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya. 

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! 

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.  

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. 

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri. 

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!! 

 22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya. 

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. 

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-matanak tackle kawan mereka yang paling cantik. 

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. 

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.. 

 27. Senjata wanita adalah airmata!! 

 28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprisebuatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. 

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah... 

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 

Note: tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita..tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .  :-)  

Doa Rabiatul Adawiyah

Apa saja yang akan Kau karuniakan kepadakuberkenaan duniaberikanlah kepada mereka yang memburunya

Dan apa saja kebaikan yang akan Kau karuniakankepadakuberkenaan akhiratberikanlah kepada hambaMU yang berimankarena aku hanya mahukan kasih MU Tuhan

Wahai Allahjika aku beribadahkarena surgaMU ...janganlah Engkau masukkan aku kedalam surga

seandainya aku beribadahkarena takut nerakaMUmaka lemparkanlah aku kepadanya

tetapi wahai Tuhanku ...jika aku beribadahkarena inginkan keredhaanMUmaka janganlah Engkau sia-siakan daku..


UCAPAN RABI'AH SEWAKTU KESUNYIAN DI KETENGAHAN MALAM KETIKA BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

❤ Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.

❤ Tuhanku..! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah duduku di hadapan-Mu.


❤ Tuhanku..! Tiada kudengar suara binatang yang mengaung, tiada desaran pohon yang bergeser, tiada nikmatnya tuduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menyendiri bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

❤ Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksudnya. Yang tinggal hanya Beliau yang banyak kesalahan di hadapan-Mu maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya beliau dapat berkhidmat kepada-Mu.


Setiap malam begitulah keadaan Beliau. Apabila fajar menyingsing. Beliau terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti, " Wahai Tuhanku! malam yang akan pergi dan siang pula akan menggantikan. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku diatasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, niscaya aku akan tetap tak bergerak juga dari situ di sebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu "


Seperkara menarik tentang Beliau ialah beliau menolak lamaran untuk berkawin dengan alasan, " Perkawinan itu memang perlu bagi siapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tak mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan dibawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun. "

Antara Syairnya yang masyhur berbunyi :" Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun. Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun. Akan tetapi, Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetikpun. "


Beliau telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Beliau memulakan faham sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah dilakukannya;

" Wahai Tuhanku ! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu? "


Kecintaan Beliau kepada Allah berjaya melawan pengharapan untuk beroleh surga Allah semata-mata.

" Jika aku menyembah-Mu karena takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku didalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu karena tamak kepada surga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu karena kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu. "


Begitulah keadaan kehidupan Beliau yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepda-Nya. Beliau meninggal dunia pada 135 hijriah yaitu ketika usianya menjangkau 80thn. Moga-moga Allah meredhainya, amien..


Sekarang marilah kita tinjau diri sendiri pula.Adakah kita ..... satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali-Imron : 142

" Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antara kamu dari belum nyata orang yang sabar. "


Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskan untuk merasakan di dalam hati seumpama ini ;

" Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kekasih-Mu yang abadi dan hanya hidup disisi-Mu saja yang berkekalan. Selamatkan aku daripada tipu daya yang mengasyikkan. "